Kerjaya Nana Nurgaya

Penglibatan Nana Nurgaya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai johan dalam satu pertandingan rap di Piccadilly Damansara, seterusnya menghantar pita demo kepada EMI. Nasib menyebelahinya apabila dilamar sebagai artis naungan EMI. Album sulungnya, RRAP dikeluarkan pada 1993 dan diterbitkan oleh Azman Abu Hassan.[2]

Nana kemudian memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Cinta Metropolitan, namun lebih terkenal menerusi drama Idaman. Beliau juga aktif dalam pembuatan kek dan pastri menerusi jenama Nana Nurgaya Cookies.[3]